Projek Jagung Manis

Semua orang dah maklum tentang jangkamasa pulangan balik projek kambing (kalau tak pasti buatlah kajian). Oleh yang demikian bagi mempelbagaikan lagi projek pertanian kami dan menambahkan pendapatan kami terlibat dalam Projek Jagung Manis. Pulangan boleh dapat setiap 3 bulan dan setelah ditolak modal pendapatan antara RM 5k hingga RM 7k (minimum). Jika ada yg berminat dan ada tanah yang sesuai untuk diusahakan bersama boleh menghubungi kami. Keluasan minimum tanah adalah 1 ekar.

Dengan harga pasaran RM0.50 setongkol dan hasil sehingga 30,000 tongkol untuk 1 ekar insyallah boleh menjadi pendapatan tambahan kepada penternak. Batang pokok jagung juga boleh dijadikan makanan tambahan kepada kambing anda.

Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya. TQ

SILA DOWNLOAD SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG PROJEK JAGUNG MANIS DI RUANGAN "DOWNLOAD"