Mencari Rakan Kongsi Atau Pelabur

Dengan penglibatan secara sepenuh masa dalam industri pertanian ini, saya merancang untuk mempelbagaikan lagi aktiviti pertanian selain daripada penternakan kambing. Bidang pertanian yang akan diterokai dan diusahakan adalah

1) Penternakan Lintah.
2) Mengusahakan Tanaman Jagung.
3) Mengusahakan Tanaman Cendawan.

Memandangkan saya tidak mempunyai modal saya ingin mencari rakan kongsi atau pelabur yang berminat untuk membuat perjanjian secara islam. Butir-butir ringkas adalah seperti di bawah.

1) Modal diperlukan: RM 100,000.00 (dalam masa 6 bulan)
2) Maksimum Pelabur atau Rakan Kongsi: 5 orang


Sila berhubung dengan saya untuk perbincangan lebih lanjut dan terperinci. Insyallah dengan pengalaman dan perancangan yang baik serta tawakal kepada Allah usaha ini akan berjaya.