Content

Showing posts with label Peluang Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Peluang Perniagaan. Show all posts

Projek Usahasama Tanaman Pisang Berangan

Di ruangan Download saya ada sertakan sedikit informasi tentang usahasama tanaman pisang berangan. Saya mencari individu atau syarikat yang ingin membuat usahasama. Untuk pertanyaan boleh hubungi saya melalui email atau telefon. TQ

Projek Jagung Manis

Semua orang dah maklum tentang jangkamasa pulangan balik projek kambing (kalau tak pasti buatlah kajian). Oleh yang demikian bagi mempelbagaikan lagi projek pertanian kami dan menambahkan pendapatan kami terlibat dalam Projek Jagung Manis. Pulangan boleh dapat setiap 3 bulan dan setelah ditolak modal pendapatan antara RM 5k hingga RM 7k (minimum). Jika ada yg berminat dan ada tanah yang sesuai untuk diusahakan bersama boleh menghubungi kami. Keluasan minimum tanah adalah 1 ekar.

Dengan harga pasaran RM0.50 setongkol dan hasil sehingga 30,000 tongkol untuk 1 ekar insyallah boleh menjadi pendapatan tambahan kepada penternak. Batang pokok jagung juga boleh dijadikan makanan tambahan kepada kambing anda.

Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya. TQ

SILA DOWNLOAD SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG PROJEK JAGUNG MANIS DI RUANGAN "DOWNLOAD"

Agen Akikah Dan Korban

Kami memerlukan agen bebas untuk memasarkan kambing untuk tujuan Akikah dan Korban di negeri Selangor dan KL. Tugas agen adalah untuk mencari pembeli dan mengutip bayaran. Proses penyembelihan dan penghantaran kesemua alamat di Selangor dan KL akan dibuat oleh pihak kami.

Ciri-Ciri kambing yang dipasarkan:

1) Cukup sifat dan sempurna seperti yang disyaratkan oleh hukum syarak.
2) Kambing jantan
3) Berat minimum 40kg (Ditimbang hidup)
4) Baka Feral, Jamnapari atau Boer Cross (bergantung pada bekalan)

Harga yang ditawarkan adalah RM 700- RM 750 (bergantung pada baka) seekor kambing. Agen akan diberikan komisen RM 50 seekor kambing.

Ini adalah peluang untuk menambahkan pendapatan. Tiada bayaran untuk menjadi agen dan tiada sasaran jualan. Individu atau syarikat boleh menjadi agen kami. Untuk mendaftar menjadi agen kami hanya hantarkan email ke azrilwc@yahoo.com beserta nama penuh, no hp, dan alamat kediaman untuk simpanan rekod kami.

Mencari Rakan Kongsi Atau Pelabur

Dengan penglibatan secara sepenuh masa dalam industri pertanian ini, saya merancang untuk mempelbagaikan lagi aktiviti pertanian selain daripada penternakan kambing. Bidang pertanian yang akan diterokai dan diusahakan adalah

1) Penternakan Lintah.
2) Mengusahakan Tanaman Jagung.
3) Mengusahakan Tanaman Cendawan.

Memandangkan saya tidak mempunyai modal saya ingin mencari rakan kongsi atau pelabur yang berminat untuk membuat perjanjian secara islam. Butir-butir ringkas adalah seperti di bawah.

1) Modal diperlukan: RM 100,000.00 (dalam masa 6 bulan)
2) Maksimum Pelabur atau Rakan Kongsi: 5 orang


Sila berhubung dengan saya untuk perbincangan lebih lanjut dan terperinci. Insyallah dengan pengalaman dan perancangan yang baik serta tawakal kepada Allah usaha ini akan berjaya.