Silaj Jagung

Di petik dari blog kambingku.blogspot.com

"Sebanyak 1 tan keratan batang jagung akan digunakan dan diperap dalam tong-tong silo kami, dan mengharapkan penggunaannya selepas 3 minggu. Berikut adalah cara-cara yang cukup mudah untuk membuat silaj jagung :

1. Kerat batang jagung pada kadar 1/2 inci (biasanya dimesin chopper)
2. Masukkan keratan jagung ke dalam tong silo (sebuah tong silo biasanya boleh memuatkan 50-60kg keratan jagung).
3. Campurkan 1kg Molas dan 1kg garam ke atas keratan jagung dalam tong silo tersebut.
4. Tutup tong silo ketat dan biar selama 3 minggu sebelum digunakan.

Nota : Kami mendapat saranan untuk menggunakan EM sebagai salah satu kandungan, namun masih belum mendapat sebarang feedback daripada pengusaha EM mengenainya."

semoga boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan