- Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk pelanggan yang membeli kambing dari kami. Kambing yang telah disembelih untuk tujuan jualan daging, akikah atau korban kami akan menghantar kemana-mana sahaja alamat di negeri Selangor. Harga untuk penghantaran adalah RM 50.00 untuk satu penghantaran.
Perkhidmatan Penyembelihan
- Perkhidmatan penyembelihan akan dilakukan penyembelih yang bertauliah. Harga untuk penyembelihan adalah RM 50.00 untuk seekor kambing.
Perkhidmatan Akikah atau Korban Online
- Bagi pelanggan yang sibuk dan tiada masa untuk menguruskan ibadath akikah dan korban, kami menawarkan perkhidmatan ini. Pelanggan hanya perlu menghubungi kami dan kemudian membayar harga yang telah dipersetujui. Kami menghantar ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan yang telah dipilih oleh pelanggan. Pelanggan boleh memilih sama ada kambing yang telah disembelih atau sehingga siap di masak. Harga untuk menyembelih dan menghantar adalah RM 100.00 dan harga untuk menyembelih, menghantar dan memasak adalah RM 200.00
Perkhidmatan Masakan
- Perkhidmatan masakan adalah untuk memudahkan pelanggan kami membuat kenduri akikah dan korban. Pelanggan boleh memilih beberapa jenis masakan tempatan yang sesuai untuk daging kambing. Harga untuk perkhidmatan masakan adalah RM150.00 untuk seekor kambing. Harga ini tidak termasuk penghantaran.
Pelanggan akan diberikan diskaun jika membeli lebih dari 1 ekor kambing atau menggunakan lebih dari 1 perkhidmatan di atas pada masa yang sama.