Senarai Harga Kambing

Senarai Harga Kambing

Kambing Baka
Baka kambing yang kami hasilkan semuanya menggunakan pejantan Boer FB (100% darah Boer). Kambing betina yang kami gunakan sebagai induk adalah dari Boer kacukan F3 dan F4 dan juga Anglo Nubien kacukan. Selain daripada kambing yang dihasilkan di kandang kami, baka kambing yang di import juga terdapat di kandang kami.

  • Harga baka kambing Boer = RM 800.00 sehingga RM 1200.00 (bergantung pada umur dan berat).
  • Harga baka kambing Anglo Nubien = RM 600.00 sehingga RM 1000.00 (bergantung pada umur dan berat).
  • Harga baka kambing Boer import Jantan FB (100% darah Boer) = RM 2500.00 – RM 3000.00
  • Harga baka kambing Boer import Betina = RM 900.00 – RM 2000.00

Kambing Daging
Kambing untuk jualan daging adalah berumur kurang dari 12 bulan. Ini bagi memastikan kualiti daging yang dihasilkan bermutu tinggi. Daging kambing muda ini juga rendah kolesterol dan tidak berbau selain daripada lembut. Anggaran berat setiap kambing untuk tujuan jualan daging adalah sekitar 30kg hingga 50kg

  • Harga kambing jualan daging adalah RM 18.00 hingga RM 20.00 sekilogram. (kambing ditimbang semasa hidup)

Kambing Akikah dan Korban
Kambing untuk jualan akikah dan korban adalah berumur 18 bulan dan ke atas. Semua kambing untuk tujuan jualan akikah dan korban adalah dipastikan telah cukup umur dan tidak cacat atau tidak sempurna.

  • Harga kambing jualan akikah dan korban adalah RM 650.00 sehingga RM 800.00 (bergantung pada berat).

Segala pertanyaan anda amat di alu-alukan.